Sunday, February 1, 2015

Nota Akidah Tingkatan 3

AKIDAH  : BERIMAN KEPADA RASUL

8. Ketaatan Kepada Rasul
8.1  Pengertian Nabi dan Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
  3. Nabi mempunyai bilangan yang ramai tetapi bilangan nabi dan rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang.
  4. Tugas-tugas rasul;

(i)                 Menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia.
(ii)               Mengajar manusia cara beribadat kepada Allah SWT.
(iii)             Membimbing manusia mengenal Allah SWT.
(iv)             Untuk menjadi teladan kepada umat manusia.

  1. Seorang rasul adalah merupakan pemimpin dalam sebuah negara, pemimpin keluarga dan masyarakat.
  2. Setiap orang Islam wajib mentaati perintah rasul kerana taat kepada rasul adalah merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

 8.2  Rasul-Rasul yang Wajib Diketahui

  1. Setiap orang Islam wajib beriman kepada 25 orang rasul. Tidak boleh beriman hanya sebahagiannya sahaja.
  2. Nama-nama rasul yang wajib diketahui ialah; Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Zulkifli, Syuib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
  3. Rasul Uluazmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyampaikan dakwah.
  4. Antara 25 orang rasul, hanya lima orang sahaja yang diberi gelaran Ululazmi iaitu;

(i)                 Nabi Ibrahim AS – Baginda diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih putera kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Baginda juga menghadapi
                      tentangan daripada kaumnya.
(ii)               Nabi Nuh AS – Berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman.
(iii)             Nabi Musa AS – Baginda hampir dibunuh oleh Firaun yang kejam serta pengikut-pengikutnya.
(iv)             Nabi Isa AS – Tabah mengahdapi tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
(v)               Nabi Muhammad SAW – Baginda tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada kaumnya hingga tahap ingin membunuh baginda.

8.3  Sifat-Sifat Rasul

  1. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
  2. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti berikut;

(i)                 Siddiq – benar.
(ii)               Amanah – jujur.
(iii)             Tabligh – menyampaikan.
(iv)             Fatonah – bijaksana.

  1. Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;

(i)                 Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)               Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii)             Maksiat dapat dicegah.
(iv)             Menjadi seorang yang rajin berusaha.

  1. Sifat mustahil bagi rasul ialah;

(i)                 Kizbun – dusta.
(ii)               Khianat – pecah amanah.
(iii)             Kitman – menyembunyikan.
(iv)             Baladah – bodoh.

  1. Sifat harus bagi rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin dan sebagainya.

8.4  Kesan Beriman Kepada Rasul

  1. Kita hendaklah mencontohi para rasul sebagai bukti cinta kita kepada  Allah SWT.
  1. Antara sebab kita perlu mencontohi para rasul;
(i)                 Para rasul menyampaikan perkara yang benar.
(ii)               Para rasul adalah manusia pilihan Allah SWT.
(iii)             Mereka menjadi contoh yang terbaik bagi manusia.
(iv)             Bukti keyakinan kita kepada Allah SWT.

  1. Kesan berima kepada rasul;

(i)                 Terhadap individu – mendapat hidayat daripada Allah SAW dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Terhadap keluarga – membina keluarga bahagia dan melahirkan ahli keluarga kuat beribadat.
(iii)             Terhadap masyarakat – patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan pemimpin serta mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam.
(iv)             Terhadap negara – menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas daripada sumber-sumber haram.

  1. Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dan neraka adalah balasannya.
  2. Antara akibat menolak sunnah rasul ialah;

(i)                 Hidup dalam kesesatan.
(ii)               Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.
(iii)             Keluarga dan masyarakat porak peranda.
(iv)             Berlaku pepecahan dan pergaduhan dalam masyarakat.
(v)               Maksiat berleluasa dalam masyarakat.

8.5  Ismah Rasul

1.      Ismah rasul bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan maruah sebagai seorang rasul.
2.      Hikmah rasul bersifat maksum;

(i)                 Menjadi contoh teladan kepada manusia.
(ii)               Memberi keyakinan kepada manusia tentang risalah yang dibawa.
(iii)             Menjamin kewibawaan nabi dan rasul.
(iv)             Menolak hujah orang yang ingkar ajaran rasul.

3.      Mukzijat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul.
4.      Tujuan mukjizat dikurniakan kepada nabi dan rasul;

(i)                 Bukti kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Bukti kebenaran risalah yang dibawa.
(iii)             Melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
(iv)             Menjawab soalan dan menyahut cabaran.

  1. Jenis mukjizat

(i)            Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang hanya  dapat diketahui dengan kekuatan akal fikiran seperti al-Quran.
 ii)           Mukjizat hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera   
                 seperti mukjizat Nabi Muhammad SAW yang pernah  membelah bulan,
                 tongkat Nabi Musa menjadi ular ,
                 Nabi Daud boleh melembutkan besi dengan tangan. 
                 Nabi Isa mencipta  burung dari tanah dan menghidupkannya  dengan izin Allah,
                 keluar air dari celah-celah jari nabi Muhammad s,.a.w dll. 




Tajuk 9 : Beriman Kepada Hari Akhirat

Tajuk 9.1 –  Kematian dan Alam Barzakh Satu Kepastian

1.      Mati ialah perpisahan roh daripada jasad.
2.      Barzakh dari segi bahasa bermaksud pemisah. Menurut istilah syarak barzakh bermaksud  
         suatu kehidupan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.
3.      Keadaan di alam barzakh bergantung kepada amalan semasa di dunia.
4.      Amalan untuk menghadapi mati;

(i)                 Bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
(ii)               Melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT.
(iii)             Sentiasa berbuat kebaikan dan kebajikan.
(iv)             Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

5.      Keadaan di alam barzakh;

(i)                 Mendapat nikmat dan ketenangan bagi orang mukmin.
(ii)               Mendapat azab dan sengsara bagi orang fasik dan kafir.

6.      Hikmat mengingati mati;

(i)                 Sentiasa istiqamah dalam beribadat.
(ii)               Mendorong diri melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat.
(iii)             Mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(iv)             Bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Tajuk 9.2 –  Hari Kiamat Satu Kebenaran

1.      Setiap orang Islam wajib beriman dengan hari kiamat kerana ia adalah salah satu daripada rukun iman.
2.      Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan, menurut istilah syarak, kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam 
          dan manusia dibangkitkan semula.
3.      Nama lain bagi kiamat ialah;

(i)                 Hari perhintungan.
(ii)               Hari pembalasan.
(iii)             Peristiwa yang pasti berlaku.
(iv)             Hari yang mengemparkan.

4.      Tanda-tanda kecil kiamat;

(i)                 Anak derhaka kepada ibu bapa.
(ii)               Banyak pergaduhan dan peperangan.
(iii)             Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam.
(iv)             Kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki.

5.      Tanda-tanda besar kiamat;

(i)         Kelahiran Imam Mahdi menegakkan syariat Islam.
(ii)        Dajjal dibangkitkan untuk menyesatkaan manusia.
(iii)      Nabi Isa AS. diturunkaan dari langit untuk bersama Imam mahadi menegakkan syariat Islam.
(iv)       Keluar Yajuj dan Makjuj.
(v)        Keluar binatang dari bumi (Dabbatul Ard).
(vi)      Matahari terbit dari ufuk barat.

7.      Hikmat Allah SWT mengadakan hari kiamat; 
(i)        Memberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat.
(ii)       Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahgiaan yang abadi.
(iii)     Segera bertaubat kepada Allah SWT.
(iv)      Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.


Latihan:  
Nyatakan maksud hari Qiamat  
Sebutkan tiga kepentingan membuat persediaan menghadapi akhirat  
Jelaskan dua langkah untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat  
Huraikan maksud amar makruf dan nahi mungkar  
Senaraikan tiga amalan soleh yang telah anda lakukan di sekolah.


Tajuk 9.3 –  Pahala Pendorong Amalan Kebaikan

1.      Pahala ialah ganjaran baik yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang melakukan kebaikan.
2.      Hikmat ganjaran pahala;

(i)      Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
(ii)     Sebagai dorongan untuk melakukan kebaikan.
(iii)    Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT.
(iv)     Melahirkan individu yang berakhlak mulia dalam kehidupan.

3.      Langkah-langkah meningkatkan pahala;

(i)      Melakukan amalan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
(ii)     Menghadiri majlis-majlis ilmu.
(iii)    Berdampingan dengan teman yang suka melakukan kebaikan.
(iv)    Beriltizam melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh.

Tajuk 9.4 –  Dosa Jambatan Ke Neraka

  1. Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba Nya yang melanggar perintah Nya.
  2. Pembahagian dosa;
(i)     Dosa kecil – perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya di dunia.
(ii)    Dosa besar – perbuatan maksiat yang ditentukan hukumannya di dunia oleh al-Quran atau hadis dan diberi ancaman azab di akhirat.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa besar;
(i)      Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.
(ii)     Rela menjalani hukuman di dunia yang setimpal berdasarkan syariat Islam.
(iii)    Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa kecil;

(i)        Sentiasa melakukan kebajikan.
(ii)       Menunaikan ibadat fardu.
(iii)      Banyak melakukan amalan sunat.
(iv)      Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Langkah-langkah menjauhi dosa;

(i)         Memperbanyakkan amalan sunat kepada Allah SWT.
(ii)        Menjauhi tempat-tempat maksiat.
(iii)      Menghadiri majlis-majlis agama.
(iv)       Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.

  1. Hikmat pembalasan dosa;

(i)           Sebagai balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukan.
(ii)          Bukti keadilan Allah SWT kepada manusia.
(iii)        Supaya manusia takut melakukan kejahatan.
(iv)         Membersihkan diri daripada dosa, orang beriman sebelum dimasukkan ke dalam syurga.
(v)           Berwaspada sebelum melakukan sesuatu perkara.



Latihan 1:
1.     Nyatakan pengertian pahala
2.     Tuliskan dalil naqli mengenai pahala
3.     Kemukakan tiga hikmat ganjaran pahala disedikan Allah kepada orang yang berbuat baik
4.     Terangkan tiga langkah meningkatkan pahala
5.     Keimanan terhadap pahala boleh mendorong seseorang menjadi insan berguna kepada masyarakat dan negara.
        Jelaskan pernyataan di atas.

Latihan 2:

1.  Nyatakan pengerian dosa menurut syarak
2. Jelaskan dalil al-Quran yg menunjukkan dosa akan dibicarakan
3. Terangkan perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil
4. Huraikan cara-cara penghapusan dosa yg ditentukan oleh syarak
5. Huraikan Cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan dosa


Tajuk 9.5 –  Perhimpunan Di Mahsyar

1.      Mahsyar dari segi bahasa bermaksud tempat berhimpun.
2.      Menurut istilah syarak ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan daripada kubur.
3.      Hikmat Allah SWT mengadakan mahsyar;

            (i)         Yakin terhadap keadilan Allah SWT.
            (ii)        Sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.
            (iii)       Yakin bahawa amalan soleh boleh menyelamatkan seseorang daripada  kesengsaraan di Padang mahsyar.

4.      Syafaat ialah permohonan kepada Allah SWT oleh anbiak dan solehin untuk umat dan orang yang diizinkan mendapat syafaatnya.
5.      Jenis-jenis syafaat;

            (i)         Syafaat Uzma iaitu syafaat Nabi Muhammad SAW untuk  mempercepatkan hisab amalan manusia.
            (ii)        Syafaat untuk memasukkan orang soleh ke dalam syurga tanpa hisab.
            (iii)       Syafaat untuk meningkatkan darjat seseorang dalam syurga.
            (iv)        Syafaat untuk membebaskan orang beriman daripada api neraka.
            (v)         Syafaat untuk mengeluarkan orang beriman yang ‘asi dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

6.      Golongan yang layak mendapat syafaat;

(i)         Orang yang melazimkan diri membaca al-Quran.
(ii)        Orang yang sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
(iii)      Orang yang berdampingan dengan ulama.
(iv)       Orang yang mati syahid.
(v)        Orang yang menziarahi baginda semasa hidup atau menziarahi makam baginda

       7.    Hikmat syafaat;

(i)         Mendorong kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
(ii)        Umat Islam akan memuliakan ulama dan orang soleh.
(iii)       Bukti kasih sayang nabi dan rahmat Allah SWT kepada manusia.
(iv)       Membuktikan bahawa manusia memerlukan pertolongan.

Tajuk 9.6 –  Al-Hisab Perhintungan Yang Adil

1.           Al-Hisab ialah perhintungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat.
2.           Al-Hisab adalah sebagai bukti keadilan Allah SWT.
3.           Proses pelaksanaan al-Hisab;

(i)         Allah SWT akan menghitung amalan manusia sama ada kecil atau besar.
(ii)        Semua amalan manusia akan ditayangkan kecuali dosa yang telah diampunkan oleh Allah SWT.
(iii)       Semua manusia akan diberi buku catatan.
(iv)        Ada manusia yang dihisab dengan cara yang mudah dan ada yang dihisab dengan cara yang susah.

4.           Hikmat al-Hisab;

(i)        Berwaspada melakukan sesuatu dalam kehidupan.
(ii)      Takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab.
(iii)     Bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
(iv)      Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.

5.           Kepentingan beriman dengan al-Hisab;

(i)        Sebagai motivasi ke arah melakukan amalan soleh.
(ii)       Mendorong manusia menjauhi kezaliman.
(iii)     Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersaing untuk melakukan kebaikan.



LATIHAN:
  1. Nyatakan pengertian beriman kepada al-Hisab
  2. Jelaskan dalil yg menunjukkan berlaku al-Hisab pd hari Akhirat
  3. Terangkan proses al-Hisab di hari Akhirat
  4. Huraikan tiga kepentingan beriman kepada al-Hisab terhadap kehidupan
  5. “Keiman kepada al-Hisab membentuk masyarakat yang bertamaddun”. Huraikan pernyataaan ini dengan mengemukakan hujjah anda.


Tajuk 9.7 –  Al-Mizan Neraca Keadilan

1.           Al-Mizan bermaksud neraca atau pemimbang amalan manusia semasa di dunia.
2.           Pelaksanaan al-Mizan adalah untui menentukan tempat seseorang sama ada di syurga atau di neraka.
3.           Kepentingan beriman dengan al-Mizan;

(i)          Rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh.
(ii)        Memantapkan akidah seseorang Islam.
(iii)       Bukti keadilan Allah SWT.
(iv)        Berlaku adil dan tegas dalam tindakan.

4.           Hikmat beriman dengan al-Mizan;

(i)                    Membuktikan keadilan Allah SWT yang mutlak.
(ii)                  Mendorong manusia melakukan amalan soleh.
(iii)                Mencegah manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran.
(iv)                Melahirkan manusia bersifat adil dan tegas pendirian.
(v)                  Membentuk sifat takut pada balasan buruk di hari akhirat.

5.           Perbezaaan antara al-Mizan dengan pertimbangan di dunia.

Tajuk 9.8–  Titian As-Sirat

1.           As-Sirat dari segi bahasa bererti jalan, menurut syarak as-Sirat ialah titian yang merentang di atas neraka menuju ke syurga.
2.           Orang yang beriman akan berjaya melalui titian as-Sirat.
3.           Kepentingan beriman kepada as-Sirat;

(i)           Melengkapkan kepercayaan terhadap rukun iman.
(ii)         Melahirkan individu muslim yang baik.
(iii)       Amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Allah SWT.
(iv)        Memperbanyakkan amalan agar mudah melalui titian as-Sirat.

4.           Amalan-amalan memudahkan melintasi as-Sirat;

(i)           Beristiqamah melakukan kebaikan.
(ii)          Mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah SWT.
(iii)         Memelihara diri supaya tidak tergelincir dari landasan Islam.

5.           Hikmat beriman dengan as-Sirat;

(i)              Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)            Bukti kekuasaan dan keadilan Allah SWT.
(iii)          Memberi keinsafan kepada manusia supaya menjauhi larangan Allah SWT.
(iv)          Supaya manusia sentiasa beramal soleh.



Latihan:
    1. Nyatakan takrif As-Sirat dari sudut syarak
    2. Jelaskan keadaan manusia ketika melintasi titian As-Sirat
    3. Tuliskan dalil naqli yg menunjukkan adanya As-Sirat
    4. Huraikan du hikmah Allah mengadakan As-Sirat
    5. Bincangkan amalan yg mesti dilakukan di dunia supaya berjaya melintasi titian As-Sirat.

Tajuk 9.9 – Syurga Ganjaran Kebaikan

1.           Syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.
2.           Kepentingan beriman dengan syurga;

(i)            Melengkapkan rukun iman dan kebenaran akidah.
(ii)          Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
(iii)         Menyakinkan bahawa kebaikan akan diberi ganjaran baik di akhirat.

3.           Nama-nama syurga;

(i)         Jannatun Adn.
(ii)        Jannatun Makwa.
(iii)      Jannatun Firdaus.
(iv)       Darus Salam.
(v)        Darul Khulud.
(vi)       Maqam Amin.

4.           Bukti kewujudan syurga;

(i)                 Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menerangkan tentang syurga.
(ii)               Rasulullah SAW telah melihat syurga ketika Israk dan Mikraj.
(iii)             Nabi Adam dan Hawa pernah tinggal di dalam syurga.

5.           Hikmat Allah SWT mengadakan syurga;

(i)                 Bukti kebesaran dan rahmat Allah SWT kepada hamba Nya.
(ii)               Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia amat sedikit dibandingkan dengan nikmat syurga.
(iii)             Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan di dunia akan diberi ganjaran istimewa di akhirat.
(iv)             Menjadi motivasi kepada manusia untuk patuh pada perintah Allah SWT dan melakukan amal kebajikan.



Latihan:

    1. Nyatakan pengertian syurga menurut bahasa dan istilah
    2. Tuliskan dalil naqli yg menunjukkan kewujudan syurga
    3. Terangkan lima jenis nikmat dalam syurga
    4. Huraikan tiga  hikmat Allah mencipta syurga dijanjikan kepada org yang bertaqwa
    5. Keyakinan terhadap syurga boleh melahirkan umat yg cemerlang. Huraikan.

Tajuk 9.10 – Neraka Balasan Kejahatan

1.           Neraka ialah tempat balasan seksa yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa.
2.           Kepentingan beriman kepada neraka;

(i)                 Melengkapkan rukun iman dan memastikan kebenaran akidah.
(ii)               Menghalang manusia melakukan maksiat.
(iii)             Menambah keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan.

3.           Nama-nama neraka;

(i)                 Saqar.
(ii)               Sair.
(iii)             Laza.
(iv)             Jahannam.
(v)               Hutamah.
(vi)             Hawiyah.
(vii)           Jahim

4.           Bukti kewujudan neraka;

(i)                 Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menceritakan tentang neraka.
(ii)               Rasulullah SAW pernah melihat neraka semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
(iii)             Tentera bergajah telah dimusnahkan dengan batu sijjil dari neraka.

5.      Keperitan azab neraka;

(i)                 Api neraka tersangat panas dan kepanasannya akan bertambah setiap hari.
(ii)               Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh dibakar api neraka.
(iii)             Makanannya daripada buah zaqum yang berduri dan minuman terdiri daripada air danur, kotoran darah dan nanah penghuni neraka.

6.           Kesan beriman kepada neraka;

(i)                 Menambah keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Menginsafkan orang yang berdosa agar segera bertaubat.
(iii)             Menimbulkan kesedaran untuk meninggalkan kemungkaran.

7.           Hikmat diadakan neraka;

(i)                 Balasan kepada orang yang mengingkari kewujudan Allah SWT.
(ii)               Janji Allah SWT kepada orang yang ingkar pada perintah Nya.
(iii)             Bukti-bukti keadilan Allah SWT.
(iv)             Menunjukkan Allah SWT berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendaki Nya.



Latihan:
    1. Nyatakan pengertian neraka
    2. Tuliskan dalil naqli mengenai neraka
    3. Terangkan tiga hikmat kewujudan neraka
    4. Huraikan tiga langkah mengatasi amalan yg menjuruskan kepada dosa
    5. Azab neraka amat dahsyat dan menggerunkan.
              6. Jelaskan tiga perbezaan di antara keperitan azab neraka dengan 
                   kesengsaraan hidup di dunia

Tajuk 9.11 –  Persediaan Menghadapi Hari Akhirat

1.           Hari akhirat ialah alam yang kekal abadi sesudah hari kiamat.
2.           Kepentingan membuat persediaan menghadapi hari akhirat;

(i)                 Supaya manusia mencukupkan bekalan hari akhirat.
(ii)               Agar manusia mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
(iii)             Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalan di dunia mendapat pembalasan di akhirat.

3.           Faktor-faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat;

(i)                 Di dunia
     
-               Istiqamah dalam setiap pekerjaan yang baik.
-               Rajin dan berakhlak mulia.
-               Berakhlak mulia.
-               Suka menolong orang.

(i)                 Di akhirat;

-               Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
-               Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib.
-               Memperbanyakkan amalan sunat.

4.           Perkara amar makruf yang boleh dilakukan di sekolah;

(i)          Menjaga harta benda sekolah.
(ii)         Mematuhi disiplin.
(iii)        Menjaga kebersihan.
(iv)        Membantu guru.



5.           Contoh nahi mungkar yang boleh dilaksanakan di sekolah;

(i)                 Menasihat rakan yang ponteng sekolah.
(ii)               Mencegah perbuatan meniru dalam peperiksaan.
(iii)             Menghindarkan diri daripada merosakkan harta sekolah.

Tajuk 9.12 –  Kesan Beriman Pada Hari Akhirat

1.           Beriman pada hari akhirat merupakan keimanan pada perkara ghaib atau sam’iyyat.
2.           Kesan beriman pada hari akhirat;

(i)                 Terhadap individu:

-               Menunaikan ibadat dengan khusyuk.
-               Bercakap dengan percakapan yang baik.
-               Bersikap adil.

(ii)               Terhadap keluarga:

-               Berkasih sayang antara sesama keluarga.
-               Mewujudkan suasana ibadat dalam rumah.
-               Membentuk institusi keluarga yang menjadi contoh dalam masyarakat.

(iii)             Terhadap masyarakat:

-               Masyarakat hidup aman dan tenteram.
-               Bersikap mengutamakan orang lain.
-               Berkerjasama meningkatkan kualiti hidup.

3.           Ciri-ciri orang yang beriman pada hari akhirat;

(i)                 Melakukan perkara yang bermanfaat dan sentiasa menambah amal ibadat dan kebajikan.
(ii)               Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
(iii)             Berakhlak mulia.
(iv)             Menambahkan ilmu pengetahuan.

4.           Langkah meningkatkan iman pada hari akhirat;

(i)                 Rajin menuntut ilmu.
(ii)               Berzikir dan bertahlil.
(iii)             Mengambil iktibar daripada bencana alam yang berlaku.
(iv)             Menyelidik dan mengkaji al-Quran.
(v)               Mengadakan program yang berunsurkan dakwah.



Latihan:

1.Jelaskan tiga kesan beriman kpd hari akhirat terhadap individu & masyarakat Islam
2.Terangkan tiga ciri orang yg beriman kepada hari akhirat
3.Terangkan empat cara meningkatkan keimanan kepada hari akhirat
4.Masyarakat bertaqwa adalah masyarakat yg diberkati. Huraikan bagaimana masyarakat yg bertaqwa mendapat limpahan keberkatan Allah swt.




BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR



PENGERTIAN   QADA'  &  QADAR

v  QADA'

Bahasa: Penyempurnaan  sesuatu perkara berdasarkan ketetapan Allah yang azali

Istilah Syarak: Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali
Contoh: Allah mencipta manusia yang  telah mendiami bumi

v  QADAR
Bahasa: Hukum. iaitu ketentuan sesuatu perkara mengikut kadar yang tertentu
Istilah Syarak: ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk
Contoh: Ketentuan Allah  sejah azali bahawa manusia akan diciptakan untuk mendiami bumi

 
Qadar: berkaitan dgn sifat kehendak dan ilmu Allah[ Iradah]

                                 Qada’: berkaitan dengan sifat kekuasan [Qudrah] dan perbuatan Allah swt




                     Secara Perbandingan :   

                                          pembinaan bangunan, melalui dua peringkat;


              Peringkat pertama: [Qadar] Jurutera akan melukis pelan bangunan, menentukan bentuk 

            bangunan dgn menggunakan ilmu kejuruteraan 




Peringkat kedua [Qada’]: Jurutera berjaya membina bangunan itu



Beriman kepada Qada dan Qadar bermaksud:

- mempercayai dan meyakini bahawa  Allah mengetahui segala perkara yang akn berlaku kepada semua makhluk.

-Allah juga telah menetapkan ketentuan tertentu dan tiada satu perkaar pun yg terlepas daripada ketentuan Allah swt

-Muslim juga wajib beriman bahawa perkara  yg berlaku merupakan pelaksanaan ketentuan Allah yg telah temaktub sejak azali


Jenis-Jenis Qada'




v  QADA'  MUBRAM
v  QADA'  MU'ALLAQ
Ialah : Perlaksanaan suatu yang telah ditetapkan oleh
 Allah & Tidak akan  berubah

Contoh : Kelahiran Atau kematian/Ajal  / Mati/kejadian siang dan  malam

Ialah : Perlaksanaan  suatu perkara mengikut ketetapan Allah,berdasarkan Usaha & Ikhtiar manusia .(boleh berubah dgn ikhtiar & doa)
Hasilnya tidak dapat diketahui sebelum ia berlaku
Hadis Rasulullah saw;

لاَ يُرَدُّ اْلقَضَاءُ اِلاَّ بِالدُّعَاءِ           [ رواه الترميذي]
Maksudnya:Tidak boleh dihindarkan Qada melainkan dengan doa

Contoh : Rezeki, Kejayaan,kegagalan,, Kesenangan , kesusahan @ kemalangan yg menimpa seseorang,penyakit-dll-
 (ia  Ia ada  kaitan dgn Usaha & Ikhtiar @ Sebab Musabab )
Jelasnya:
-Doa boleh mengubah Qada Muallaq tetapi tidak mengubah Qada Mubram.
-Setiap muslim digalakkan berdoa kerana mendapat kasih sayang Allah kpd org berdoa





KONSEP IKHTIAR, TAWAKAL DAN AFA'LUL IBAD






IKHTIAR MANUSIA
 IKHTIAR : Ialah usaha manusia utk membuat sesuatu mengikut pilihannya utk mencapai matlamat dengan berpandukan hukum syarak 

  Manusia dikurniakan akal fikran  untuk berfikir, tenaga untuk bekerja, 
  dankemahuan serta perasaan untuk melakukan  sesuatu. Justeru itu mereka
 diberi kebebasan memilih  untuk melakukan sesuatu perkara tetapi masih 
  tertakluk kepada kehendak / keizinan Allah Dalam ertikata lain : manusia boleh
  berikhtiar @ berusaha tetapi kejayaan adalah ditentukan oleh Allah.SWT.

Firman Allah surah taubah ayat 105;

Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; …..".

Oleh itu: hendaklah kita  berusaha bersungguh-sungguh. Tetapi jangan usaha saja  tanpa berdoa dan bertawakkal


TAWAKKAL
·         TAWAKKAL : Ialah berserah kpd Allah setelah berusaha & berikhtiar dengan sewajarnya.

Firman Allah surah Ali Imran ayat 159:
Maksdunya: …maka apabila kamu telah berazam/ berusaha bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya

·     Setiap mukmin wajib bertawakal kpd Allah dlm segala urusan & pekerjaan
·     Bertawakkal adalah tanda keyakinan penuh seseorang kepada Allah, yang      berkuasa menentukan suatu perkara yg dihajati.
·    Tawakal hendaklah didahului dengan usaha. Bertawakal sahaja  tanpa berusaha adalah  bertentangan dengan prinsip Islam.
 
v  HIKMAH TAWAKKAL :

           ISI                                                                                   HURAIAN
                 
§  Mengukuhkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah
Kerana yakin Allah Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu
§  Terhindar dari perasaan kecewa & putus asa
Kerana segala sesuatu berlaku kerana kehendak Allah
§  Meningkatkan usaha dengan bersungguh-sungguh
Kerana yakin Allah akan memakbulkannya
§  Menjauhi sifat angkuh & sombong
Kerana menyedari bahawa  segala kejayaan merupakan kurniaan Allah

2 comments:

  1. Lucky Club Casino Site, Best Casino Reviewed, and Top
    Lucky Club has been around since 2013, it was founded by a team of casino software developer, and is owned luckyclub by Vici Properties.

    ReplyDelete
  2. Harrah's Resort Southern California - MapyRO
    The Harrah's Resort Southern 영주 출장마사지 California, 경산 출장안마 also known as The Rincon Indian Community or Rincon Band 창원 출장안마 of 서산 출장마사지 Luiseño Indians, is a federally recognized casino 김제 출장마사지 in

    ReplyDelete