PENGERTIAN IMAN :
BAHASA : - mengiktiraf / mengakui / membenarkan
ISTILAH SYARAK :
- membenarkan dengan hati
- mengikrarkan dengan lidah
- mengamalkan dengan anggota
IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG
- Ahli sunnah wal jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
- Iman bertambah dengan melakukan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah
- Iman berkurang jika melakukan maksiat atau meninggalkan perintah Allah
CIRI-CIRI ORANG YG BERTAMBAH IMAN
- Mempunyai ilmu tentang Allah dan Rasul-Nya.
- Banyak melakukan ibadat sunat . Ia dapat melembutkan hati dan menambahkan kecintaan kepada Allah
- Melazimi berzikir kepada Allah dan berfikir tentang kebesaran-Nya.
KEMANISAN IMAN
- Ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.
- Lebih mengutamakan Allah dan Rasul daripada urusan lain seperti tidak meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja.
Syarat Perolehi Kemanisan Iman
- Menyintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain
- Mengasihi seseorang kerana Allah
- Membenci kekufuran seperti benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
TAJUK 2 : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
TAKRIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran , Sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bidaah.
Mereka juga dikenali sebagai Ahlu Sunnah , al-Jamaah, Salafus soleh dan ahlul hadith
KEMUNCULAN NAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
- Mazhab Ahli Sunnah adalah jalan yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat baginda.
- Nama tersebut muncul setelah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam dan dimasyhurkan oleh :
1. Imam Abu Hasan al-Asy’ari
2. Abu Mansur al-Maturidi
Ahli sunnah : bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah.
Al-Jamaah : bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad , melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.
PRINSIP AQIDAH AHLI SUNNAH
- Berpegang teguh dengan al-Quran.
- Berpegang dengan prinsip-prinsip Salafus Soleh
- Apabila terdapat pertelingkahan pandangan , mereka merujuk al-Quran dan Hadith.
- Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
- Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti dan dalil yang sahih dan jelas.
Isu 1 : AL QURAN BUKAN MAKHLUK :
- Ahli sunnah yakin al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat Qadim ( sedia ada )
- Al-Quran bukan makhluk iaitu bukan baharu.
- Ahli sunnah berpendapat bahawa orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari kiamat.
- Ia disebut dalam al-Quran, hadith dan disepakati oleh ulama Salafussoleh.
- Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada.
- Tetapi mereka dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar.
- Ahli sunnah beriktikad bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
- Iman bertambah jika manusia taat suruhan Allah. Sebaliknya iman berkurang jika seseorang melakukan maksiat.
- Ahli sunnah beriktikad bahawa ketentuan ( Qadar ) dan segala yang berlaku ( Qada’) di alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah sejak azali lagi.
- Allah yang berkuasa mengatur segala yang terjadi di alam ini.
- Semua perkara yang baik dan buruk adalah ketentuan Allah.
1. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan :
Aqidah ASWJ adalah berdasarkan sumber yang sah.
Rasulullah s.a.w memberi jaminan orang yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah tidak akan sesat.
2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan :
- Amalan seseorang diterima Allah jika bersandarkan kepada aqidah yang betul
- Amalan yang tidak bersandarkan aqidah yang betul akan ditolak oleh Allah.
- Orang yang berpegang dengan aqidah ahli sunnah akan mendapat keredhaan Allah kerana mereka berada dijalan yang benar.
- Rasulullah s.a.w menyebut bahawa hanya ada satu barisan manusia sahaja di akhirat yang akan dimasukkan ke syurga iaitu golongan yang berpegang kepada al-Quran dan hadith
1. Mempelajari asas aqidah berdasarkan kitab ahli sunnah
~ pengetahuan asas-asas aqidah dapat membezakan antara kebenaran dan kesesatan.
~ Ia menjadi perisai yang ampuh daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.
2. Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang aqidah
~ Guru memainkan peranan penting dalam menyebarkan kefahaman yang betul.
~ kita wajib berhati-hati memilih guru dengan mengkaji kelulusan dan latar belakangnya.
PENGERTIAN AJARAN SESAT
Ajaran atau amalan didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
- Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuh, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran yang menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis
- Mengubah prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama.
- Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai al hadi, sebagai nabi, sebagai tuhan atau jelmaan tuhan.
- Menolak perkara Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad.
- Mengubah bentuk-bentuk ibadah seperti mengurangkan ibadah puasa selama 19 hari dan solat hanya dengan niat.
- Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang.
- Mendakwa boleh melakukan perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk para nabi serta wali Allah dan Malaikat.
- Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampinya sebagaimana yang dilakukan oleh dukun atau bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.
- Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
Terhadap Individu :
- Rosak aqidah.
- Masa terbuang.
- Minda tertutup
- Kehidupan tidak stabil.
Terhadap Masyarakat :
- Keruntuhan institusi kekeluargaan
- Perpaduan tergugat
- Berlaku keganasan
- Mundur : penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Ia juga boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan setiap rakyatnya.
- Tidak stabil : ajaran sesat boleh mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Kesannya kestabilan politik dan ekonomi negara akan terjejas
- Melengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar supaya tidak mudah terpengaruh
- Menyebarkan ajaran Islam secara aktif agar semua masyarakat memahami Islam sebenar.
- Bekerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang agar ajaran sesat dapat dibenteras.
- Mengadaakan Program pemulihan aqidah kepada mereka yang telah tersesat agar kembali kepangkal jalan.
dah lama cari blog ustaz . baru harini jumpe ^_^
ReplyDeletethank ustaz sentosa..info ni sangat berguna kpd saya utk buat ulangkaji sebelum trial ^_^
ReplyDelete