Tuesday, February 10, 2015

Nota Ibadah Tingkatan 5

TAJUK 1  :  PERKAHWINAN DALAM ISLAM

A.  Pengertian
      Bahasa            :  Cantum
      Istilah Syarak  :  Suatu akad yang memberi makna Nikah iaitu menggunakan
                                 lafaz Nikah  atau seumpamanya, yang menghalalkan
                                 persetubuhan antara lelaki dengan perempuan (suami/isteri)

B.  Hukum Pernikahan


















C .  Asas Perkahwinan Dalam Islam
  • Ketakwaan kepada Allah
  • Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah
  • Al-Muasyarah bil Maaruf
  • Bertanggungjawab serta amanah
D.  Hikmah Perkahwinan
      -   Menjamin Kesihatan
      -   Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
      -   Menjalinkan silaturrahim
      -   Memberi ketenteraman kepada pasangan

E.  Implikasi Perkahwinan Tidak Mengikut Undang-Undang



















F.  Langkah Mengatasi




















G.  BUKTI PERKAHWINAN BOLEH MENINGKATKAN EKONOMI DAN 
      MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM
  • Perkahwinan mendorong seseorang bekerja keras untuk menyara keluarganya.
  • Perkahwinan dapat merapatkan hubungan dua keluarga yang mungkin tidak pernah saling mengenali sebelum ini.
  • Perkahwinan juga merupakan cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin jauh.

TAJUK 2  :  PEMILIHAN CALON  SUAMI DAN ISTERI

A. CIRI-CIRI CALON ISTERI MENGIKUT ISLAM
  • Kukuh pegangan agamanya.
  • Berasal dari keturunan yang baik.
  • Masih dara.
  • Sihat dan dari keturunan yang ramai anak.


B. CIRI-CIRI CALON SUAMI
  • Beriman dan bertaqwa.
  • Berilmu dan mempunyai didikan agama yang sempurna.
  • Bertanggungjawab dan bertimbangrasa.
  • Dari keturunan yang baik-baik.
C. HIKMAH MENGUTAMAKAN AGAMA DALAM MEMILIH BAKAL SUAMI 
     ATAU ISTERI
  • Untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  • Dapat mendidik keluarga ke arah didikan Islam.
  • Lebih bertanggungjawab dan amanah terhadap keluarga.
  • Mengelakkan perkara zina dan seumpamanya.
D.  AKIBAT MENGABAIKAN PEMILIHAN BAKAL SUAMI DAN ISTERI 
      SEPERTI YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA
  • Kebahagiaan sebenar tidak dapat dicapai dalam rumahtangga.
  • Kasih sayang tidak kekal.
  • Punca berlaku pergaduhan dan perceraian dalam rumahtangga.
  • Tidak mendapat keredhaan Allah.
E.  PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
      i. Haram Sementara
     ii. Haram Selama-lamanya



















HARAM SELAMANYA

a. disebabkan keturunan

  • Ibu ,nenek dan keatas.
  • Anak perempuan ,cucu dan kebawah
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu sahaja.
  • Emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu ke atas.
  • Anak saudara daripada adik beradik seibu sebapa, seibu dan ke bawah.
b. disebabkan penyusuan

  • Ibu susuan dan ke atas.
  • Anak susuan dan ke bawah
  • Adik beradik susuan.
  • Emak saudara susuan dan ke atas (adik beradik ibu susuan  dan adik beradik suaminya).
  • Anak saudara susuan dan ke bawah (anak kepada adik beradik susuan).

c.  disebakan persemendaan/musaharah
  • Ibu tiri dan ke atas sama ada disetubuhi atau tidak.
  • Isteri anak (menantu perempuan) dan isteri cucu lelaki dan kebawah samada disetubuhi atau tidak
  • Ibu mertua dan ke atas.
  • Anak tiri dan ke bawah apabila disetubuhi ibunya


1 comment: