Tuesday, February 10, 2015

Nota Akidah Tingkatan 5

Tajuk 1  :  IMAN MUTIARA HIDUP

PENGERTIAN IMAN  :   
BAHASA : - mengiktiraf / mengakui / membenarkan

ISTILAH SYARAK :
   - membenarkan dengan hati
   - mengikrarkan dengan lidah
   - mengamalkan dengan anggota

IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

  • Ahli sunnah wal jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
  •  Iman bertambah dengan melakukan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah
  • Iman berkurang jika melakukan maksiat atau meninggalkan perintah Allah



CIRI-CIRI ORANG YG BERTAMBAH IMAN
  • Mempunyai ilmu tentang Allah dan Rasul-Nya.
  • Banyak melakukan ibadat sunat . Ia dapat melembutkan hati dan menambahkan kecintaan kepada Allah
  • Melazimi berzikir kepada Allah dan berfikir tentang kebesaran-Nya.
KEMANISAN IMAN

  • Ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.
  • Lebih mengutamakan Allah dan Rasul daripada urusan lain seperti tidak meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja.
Syarat Perolehi Kemanisan Iman
  • Menyintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain
  • Mengasihi seseorang kerana Allah
  • Membenci kekufuran seperti benci jika dicampakkan ke dalam api neraka

TAJUK  2  :  AKIDAH  AHLI  SUNNAH WAL JAMAAH

TAKRIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH :  kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran , Sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bidaah.

Mereka juga dikenali sebagai Ahlu Sunnah , al-Jamaah, Salafus soleh dan ahlul hadith

KEMUNCULAN NAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

  • Mazhab Ahli Sunnah adalah jalan yang mengikut jejak langkah Rasulullah dan para sahabat baginda.
  • Nama tersebut muncul setelah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam dan dimasyhurkan oleh :
1. Imam Abu Hasan al-Asy’ari 
2. Abu Mansur al-Maturidi

Ahli sunnah  : bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah.

Al-Jamaah    : bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad , melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.

PRINSIP AQIDAH AHLI SUNNAH
  • Berpegang teguh dengan al-Quran.
  • Berpegang dengan prinsip-prinsip Salafus Soleh
  • Apabila terdapat pertelingkahan pandangan , mereka merujuk al-Quran dan Hadith.
  • Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
  • Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti dan dalil yang sahih dan jelas.
PANDANGAN MAZHAB AHLI SUNNAH TERHADAP BEBERAPA ISU

Isu 1 : AL QURAN BUKAN MAKHLUK :
  • Ahli sunnah yakin al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat Qadim ( sedia ada )
  • Al-Quran bukan makhluk iaitu bukan baharu.
Isu 2  :  MELIHAT ALLAH
  • Ahli sunnah berpendapat bahawa orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari kiamat.
  • Ia disebut dalam al-Quran, hadith dan disepakati oleh ulama Salafussoleh.
Isu 3 :  PELAKU DOSA BESAR
  • Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada.
  • Tetapi mereka dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar.
Isu 4  :  IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG
  • Ahli sunnah beriktikad bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
  • Iman bertambah jika manusia taat suruhan Allah. Sebaliknya iman berkurang jika seseorang melakukan maksiat.
Isu 5  :  QADA’ DAN QADAR
  • Ahli sunnah beriktikad bahawa ketentuan ( Qadar ) dan segala yang berlaku ( Qada’) di alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah sejak azali lagi.
  • Allah yang berkuasa mengatur segala yang terjadi di alam ini.
  • Semua perkara yang baik dan buruk adalah ketentuan Allah.
KEPENTINGAN BERPEGANG DENGAN AQIDAH AHLI SUNNAH
1.  Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan :
      Aqidah ASWJ adalah berdasarkan sumber yang sah.
      Rasulullah s.a.w memberi jaminan orang yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah tidak akan sesat.

2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan :
  • Amalan seseorang diterima Allah jika bersandarkan kepada aqidah yang betul
  • Amalan yang tidak bersandarkan aqidah yang betul akan ditolak oleh Allah.
3. Hidup diredhai Allah :
  • Orang yang berpegang dengan aqidah ahli sunnah akan mendapat keredhaan Allah kerana mereka berada dijalan yang benar.
  • Rasulullah s.a.w  menyebut bahawa hanya ada satu barisan manusia sahaja di akhirat yang akan dimasukkan ke syurga iaitu golongan yang berpegang kepada al-Quran dan hadith
LANGKAH MEMELIHARA AQIDAH
1.  Mempelajari asas aqidah berdasarkan kitab ahli sunnah
~ pengetahuan asas-asas aqidah dapat membezakan antara kebenaran dan kesesatan.
~ Ia menjadi perisai yang ampuh daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

2.  Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang aqidah
~ Guru memainkan peranan penting dalam menyebarkan kefahaman yang betul.
~ kita wajib berhati-hati memilih guru dengan mengkaji kelulusan dan latar belakangnya.



TAJUK 3 :  AJARAN SESAT

PENGERTIAN AJARAN SESAT

Ajaran atau amalan didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
  • Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuh, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran yang menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis 
  • Mengubah prinsip-prinsip asas dalam aqidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama.
  • Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai al hadi, sebagai nabi, sebagai tuhan atau jelmaan tuhan.
  • Menolak perkara Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad.
  • Mengubah bentuk-bentuk ibadah seperti mengurangkan ibadah puasa selama 19 hari dan solat hanya dengan niat.
  • Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang.
  • Mendakwa boleh melakukan perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk para nabi serta wali Allah dan Malaikat.
  • Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia dalam doa atau jampinya sebagaimana yang dilakukan oleh dukun atau bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.
  • Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
KESAN BURUK
Terhadap Individu :
  • Rosak aqidah.
  • Masa terbuang.
  • Minda tertutup
  • Kehidupan tidak stabil.
Terhadap Masyarakat :
  • Keruntuhan institusi kekeluargaan 
  • Perpaduan tergugat
  • Berlaku keganasan
Terhadap Negara :
  • Mundur : penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Ia juga boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan setiap rakyatnya.
  • Tidak stabil : ajaran sesat boleh mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Kesannya kestabilan politik dan ekonomi negara akan terjejas
Langkah Menangani Ajaran Sesat :
  • Melengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar supaya tidak mudah terpengaruh
  • Menyebarkan ajaran Islam secara aktif agar semua masyarakat memahami Islam sebenar.
  • Bekerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang agar ajaran sesat dapat dibenteras.
  • Mengadaakan Program pemulihan aqidah kepada mereka yang telah tersesat agar kembali kepangkal jalan.

2 comments:

  1. dah lama cari blog ustaz . baru harini jumpe ^_^

    ReplyDelete
  2. thank ustaz sentosa..info ni sangat berguna kpd saya utk buat ulangkaji sebelum trial ^_^

    ReplyDelete